Retorika Mimpi
Raffi Prabowo
(Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=tT95nMaoRJk)
Elemen Multimedia dalam E-Sajak Retorika Mimpi
karya Raffi Prabowo
Pemanfaatan elemen-elemen multimedia dalam e-sajak akan menjadikan
representasi video itu menjadi lebih menarik. Terdapat lima jenis elemen
multimedia, iaitu:
1) Audio
2) Video
3) Grafik
4) Teks
5) Animasi
AUDIO
Berdasarkan penelitian yang dibuat berdasarkan e-sajak Rotarika Mimpi,
elemen audio yang digunakan sangat bersesuaian dengan tema puisi yang
disampaikan dalam menghasilkan video yang menarik. Melihat pada konteks audio
yang digunakan iaitu muzik latar yang dimasukkan di dalam video ini
mengambarkan suasana dan “mood” jalan cerita yang cuba disampaikan melalui
puisi ini. Muzik latar yang digunakan mampu memberikan dan menimbul perasaan
seolah-seolah bersama-sama mendalami isi puisi yang disampaikan kepada
pendengar. Hal ini bersesuaian dengan tema puisi yang cuba mengambarkan
perasaan dan juga khayalan yang sering dikaitkan dengan manusia yang sering menjadikan
mimpi mereka sebagai satu angan-angan yang nyata. Perasaan dan mimpi manusia
yang kelihatan samar-samar berjaya ditonjolkan oleh pendeklamator dengan
menggunakan nada yang mendayu dan serak-serak menepati tema puisi yang
disampaikan. Pendeklamotor menggunakan nada melankolik iaitu sesuai dengan tema
sajak yang ingin mengajak pendengar untuk tidak hanyut dan tenggelam dalam
mimpi sendiri. Tekanan suara yang digunakan ialah suara yang agak tinggi dan
diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan.
VIDEO
Video merupakan elemen multimedia yang boleh memberikan kesan langsung yang
lebih mendalam kepada para penonton untuk memahami mesej e-sajak yang
dipaparkan itu. Setelah menekuni e-sajak yang bertajuk Retorika Mimpi karya
Raffi Prabowo, dapat dilihat bahawa video yang menunjukkan suasana flora dan
fauna yang cantik serta ekosistem yang baik ternyata dapat
memanifestasikan tajuk dan tema sajak dengan jelas. Video keindahan alam
seperti pokok-pokok, bunga-bungaan, deseran air sungai yang mengalir,
haiwan-haiwan yang bebas bergerak ditonjolkan dalam video ini adalah sebagai
menyatakan makna yang implisit disebalik setiap unsur-unsur tersebut. Pemaparan
keindahan-keindahan alam adalah mengambarkan ketenangan dan keindahan hidup yang
sering didambakan bagi setiap manusia. Manusia sering beranggapan bahawa mimpi
adalah satu perkara yang indah dan nyata. Ternyata, dengan adanya video sebagai
salah satu elemen multimedia, kesan emosi manusia dapat digambarkan secara
nyata dan boleh dirasai dengan lebih mendalam oleh para penonton e-sajak
tersebut. Bunyi deseran air sebagai muzik latar antara salah satu elemen yang dapat
memberikan kesan yang positif kepada pendengar. Hal ini demikian kerana
perkaitan yang jelas dan sesuai antara video dan tema sajak yang disampaikan
itu menjadikan maksud yang ingin disampaikan melalui pemaparan e-sajak itu
mampu diinterpretasikan dengan tepat dan mudah.
GRAFIK
Grafik memfokuskan elemen seperti imej, ilustrasi serta pemilihan
warna dalam e-sajak yang dihasilkan itu. Grafik juga memainkan peranan yang
penting untuk memberikan kesan kepada emosi penonton. Penerapan elemen grafik
ke dalam e-sajak boleh membantu dalam memberikan kesan emosi yang lebih efektif
kepada para penonton. Mengambil contoh e-sajak Retorika Mimpi, dapat dilihat
bahawa penggunaan imej alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan adalah sangat
bersesuaian dengan tema sajak ini. Penggunaan unsur-unsur alam seperti
pokok-pokok, bunga-bungaan, haiwan dan air sungai telah diaplikasikan dengan
sangat baik. Malah, pemilihan warnanya juga adalah sesuai dan berketepatan
dengan tema sajak yang disampaikan iaitu mengambarkan suasa atau keadaan yang
samar-samar seperti mengambarkan mimpi yang disampaikan melalui sajak tersebut.
Hal demikian juag kerana, dalam konteks penggunaan warna dalam satu-satu
ilustrasi, bilangan warna yang dipilih hendaklah tidak melebihi daripada tiga
warna. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ilustrasi itu kelihatan terlalu
'sarat' atau 'berserabut'. Dan warna yang dipilih adalah bersesuaian
dengan tema sajak yang mengambarkan warna-warna suram untuk mengambarkan
perasaan kesamaran manusia di antara mimpi dan nyata.
TEKS
Teks merujuk tulisan bait-bait sajak yang dipaparkan di dalam video itu.
Pemaparan teks ini melibatkan jenis tulisan, saiz tulisan dan warna yang
digunakan dalam sajak ini. Setelah meneliti e-sajak Retorika mimpi, dapat
dilihat bahawa jenis tulisan yang digunakan adalah tulisan lurus dan jelas. Tulisan
ini sering digunakan dalam konteks yang rasmi atau mengambarkan keadaan yang
serius, sebagaimana dalam tema kehidupan manusia yang tidak diketahui antara
mimpi atau nyata. Seterusnya, saiz tulisan dalam e-sajak ini juga adalah
sesuai, iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Pemilihan warna
tulisan juga bersesuai dengan latar belakang yang gelap dan menggunakan warna
tulisan yang berwarna putih akan menaikkan dan menampakkan dengan lebih jelas
lagi tulisan tersebut.
ANIMASI
Animasi merupakan satu proses untuk menjadikan sesuatu kelihatan hidup.
Animasi turut melibatkan 'fade in' dan 'fade out' yang digunakan dalam video
tersebut. Berdasarkan e-sajak tersebut, dapat dilihat bahawa latar yang
digunakan menggunakan unsur alam yang hidup. Penggunaan unsur alam yang hidup
sebagai latar belakang ini dapat membantu menambahkan kefahaman terhadap isi
kandungan sajak itu dan secara tidak langsung meningkatkan penerimaan penonton
terhadap video itu. Selain menggunakan unsur-unsur alam terdapat juga penggunaan
beberapa orang yang dimasukkan di dalam video ini untuk mengambarkan kehidupan
sebenar manusia. Seterusnya, 'fade in' dan 'fade out' yang digunakan terhadap
teks dalam sajak ini juga adalah tepat, sesuai dan dari segi masa peralihan
bagi transformasi video ke video yang lain juga tepat dan bersesuaian.
Elemen-elemen ini menjadikan e-sajak itu bertambah menarik untuk ditonton
kerana semua elemen multimedia ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan