Rabu, 16 Mei 2018

PERATURAN D-M (HUKUM D-M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur, hari ini kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan, menghirup udara segar pinjaman Allah pada hari terakhir di bulan Syaaban. Ya, esok sudah puasa tau, jangan lupa semua.😄 Jadi, hari ini Cik Kemboja ingin mengajak semua untuk sama-sama kita mempelajari Hukum D-M (Hukum Diterangkan dan Menerangkan). 😊

Hukum D-M telah dibincangkan dengan komprehensif dan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al. (2013, p.376) menjelaskan bahawa D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. 


FRASA NAMA
DITERANGKAN (D)
MENERANGKAN (M)
orang
lelaki
pam
angin
jentera
pendingin
lampu
gas


Aminah Restoran
SALAH
Koh Klinik
Militari Polis
Kerinting Rambut Salon

KECUALIAN HUKUM D-M

Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Sebagai contoh:


FRASA NAMA
PENERANG (M)
YANG DITERANGKAN (D)
perdana
menteri
naib
presiden
ibu
pejabat
pembantu
penyelidik

Justeru, penekanan perlu diberikan kepada Hukum D-M kerana hal ini akan mempengaruhi penyampaian maksud sesuatu ayat itu. 

Sekian dahulu entri untuk kali ini daripada Cik Kemboja. Semoga berjumpa lagi.

               Tanam-tanam ubi,
                    Tak perlu dibaja;
                Orang berbudi,
                     Kita berbahasa.

Terima kasih. 😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KAMU WANITA YANG HEBAT: APRESIASI & REPRESENTASI DALAM E-SAJAK

ELEMEN MULTIMEDIA DALAM E-SAJAK KARYA  PANJI RAMDANA (sumber:  https://www.youtube.com/watch?v=ayngavjs6WE ) Sajak s...