Hye, assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita bersama-sama dengan Cik Kemboja dalam entri yang baharu. Pastinya, entri ini ingin mengajak anda semua untuk sama-sama mengetahui dan mempelajari cara-cara untuk menjadi seorang pendeklamator yang hebat. 💪Sebelum kita melayari bahtera dengan lebih jauh, jom kita saksikan persembahan deklamasi sajak oleh seorang pendeklamator terkemuka di Melaysia, iaitu Encik Ahmad Shukri Abdullah. Beliau pernah menjuarai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan pada suatu ketika dahulu. 😊
(Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=t-iWQ4oV_Tc&t=12s)
Hebat bukan persembahan Encik Ahmad Shukri Abdullah? Tapi bagaimana kita ingin menjadi hebat seperti beliau? Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menjadi seorang pendeklamator yang hebat. Untuk pengetahuan semua, maklumat-maklumat ini diperoleh daripada Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Lantera Zaman yang telah diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani (2014).
1) VOKAL
Suara : Memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat audiens yang mendengar dan menonton. Sebaik-baiknya, peserta hendaklah memastikan mempunyai suara yang besar, lantang dan parau.
2) INTONASI
Turun naik suara : Peserta dapat mengawal tinggi rendah atau panjang pendek suara berdasarkan maksud puisi. Peserta juga mesti bijak menggunakan jeda, patah-patah kata dan hentian.
3) NADA
Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan, sikap, aliran atau rentak puisi. Nada dalam deklamasi puisi mengikut mood sesebuah puisi. Peserta yang dapat mengikut mood dan nada bagi setiap baris, bait atau rangkap mampu memperoleh markah yang tinggi.
4) KELANCARAN/ARTIKULASI
Kelancaran bererti peserta daoat mendeklamasikan sajak tersebut dengan lancar tanpa tersekat-sekat. atau terhenti mahupun terlupa. Artikulasi itu pula bermaksud peserta dapat menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Sebutan mestilah mampu difahami dan menggunakan bahasa Melayu baku.
5) MIMIK MUKA
Peserta berjaya meniru, mengajuk gaya, cara setiap sifat da perasaan dalam puisi. Contoh: kalau terdapat perkataan yang membawa maksud marah, sudah pasti peserta memperlihatkan wajah yang marah bukannya tersenyum. Mimik muka ini sangat penting bagi menyatakan maksud sajak yang dideklamasikan itu.
6) PENGHAYATAN
Peserta dapat mengalami dan merasai dalam batin, mengalami dan merasai, meresap ke dalam jiwa. Dengan kata lain, peserta mesti berada dalam puisi tersebut. Penghayatan dapat dirasai oleh khalayak daripada keseluruhan deklamasi.
7) BAHASA TUBUH
Penggunaan anggota badan bagi menyokong, menguatkan lagi maksud kata dan bait dalam deklamasi. Contohnya ialah penggunaan tangan sebagai bahasa badan untuk melambangkan tanah air.
8) PENAMPILAN
Penampilan diri sebenar amat penting selain daripada kostium, alat bantu (kalau ada) sesuai, cara deklamasi, berdiri dan bergerak juga amat penting. Hakim akan mengambil kira seawal langkah pertama peserta berjalan di pentas, disimplin diri, pengawalan pembesar suara dianggap penting.
Jadi, bagaimana semua? Agak-agak setelah membaca entri ini, mutu persembahan sajak anda akan semakin meningkat? InsyaAllah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ingat, ilmu itu umpama udara yang kita sedut, ilmu ada di mana-mana, serapilah, manfaatkan dan tuntulah ilmu yang boleh membangunkan negara bangsa.
Sekian dahulu untuk entri hari ini. Jumpa lagi semua...😘
Assalamualaikum w.b.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan